Seni reka bentuk Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

Pemandangan menara Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.[5]


Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. [6]

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.

Gerbang yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta Mahkamah Tinggi (dahulunya Clarke St.).

Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail seni bina Islam 'Moor' atau 'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India. Terdapat unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada seni bina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara Komanwel yang lain.

Rujukan

WikiPedia: Bangunan_Sultan_Abdul_Samad http://buildingconservation.blogspot.com/2009/03/b... http://images.google.com.my/images?q=bangunan+sult... http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=war... http://www.tourism.gov.my/en/my/web-page/places/st... http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20We... http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20We... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?... http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?... http://web.archive.org/web/20090217144144/http://w... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...